Jangan terkejut pula tengok kambing ni duduk atas pokok. Tapi semua ni bukan gambar tipu tau memang real. Kambing kat Morocco ni special sikit sebab boleh panjat pokok dan pokok kat sana kuat betul sebab boleh menampung berat kambing yang berkampung kat atas tu.

Kambing di Morocco suka duduk sambil makan buah-buahan yang ada pada pokok Argania spinosa atau lebih dikenali sebagai Argan. Tahu tak minyak argan ?

Minyak argan adalah minyak yang paling mahal di dunia. Ia kaya dengan asid lemak dan vitamin, dan digunakan untuk membuat kosmetik mewah dan barangan makanan yang secara semula jadi. Minyak Argan kebanyakannya dijual di Eropah dan Amerika. Minyak argan juga mendapat permintaan yang sangat tinggi di seluruh dunia. - era



Post a Comment

 
Top