Hong Kong, salah satu daripada bandar-bandar yang terkaya di dunia tetapi sebahagian besar penduduk miskinnya tinggal di dalam sangkar. Sangkar-sangkar ini terletak dalam apartment. Setiap apartment menempatkan 20 sangkar, penyewa juga masih perlu membayar sewa yang mahal sebanyak AS $200 sebulan untuk setiap sangkar yang hanya berkeluasan 6 kaki x 2 1/2 kaki. Untuk menjimatkan ruang bagi meletakkan lebih banyak sangkar di dalam sebuah apartment, tuan rumah tidak menyediakan dapur untuk memasak, dan ini menambah beban hidup kepada para penyewa. Keadaan sebegini amat mengejutkan kerana Hong Kong terkenal sebagai sebuah bandar yang kaya.

Yan Chi Leung - seorang pesakit mental 

Kong Sui Kao, warga emas berumur 64 tahun

Tai Lun Po, 79, sudah menyewa di sini selama 30 tahun

Lee Ka Ying, 8, tinggal di sangkar ini dengan ibunya

Yan Chi Keung

Tai Lun Po 

Mr Yan sedang menghisap rokok, ditemani jiran-jirannya

Tai Lun Po sedang berjalan menuju koridor

Tang Man Wai, 60, seorang pekerja restoran yang telah bersara

Apartment di Mongkok, Hong Kong

Salah seorang penghuni sangkar, Cheung, yang tinggal di Sham Shui Po, berkata "suhu di dalam apartment sangat panas. Lipas, cicak dinding, kutu dan tikus adalah perkara biasa. Kadang-kadang saya bimbang jika cicak atau lipas akan merangkak ke telinga saya pada waktu malam, ". - jennykaleyn

Post a Comment

 
Top