Sejak semalam, beberapa keping gambar yang menunjukkan sebuah kenderaan peronda Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) terbabas jatuh ke dalam parit mula tular di media sosial.

Kejadian itu dipercayai berlaku di jalan Nenasi Rompin, Pahang sekitar jam 6 petang semalam.

Beberapa saksi memberitahu bahawa peronda JPJ Pahang tersebut sedang mengejar dua budak lelaki yang menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar. Semasa berlakunya kejar-mengejar, kenderaan peronda itu tiba-tiba hilang kawalan hingga terbabas ke dalam parit berhampiran jalan.


Memetik laporan Harian Metro, Pengarah JPJ Pahang, Datuk Mark Ujin berkata, sebelum kejadian anggota berkenaan sedang melakukan rondaan di kawasan berkenaan sempena perayaan Tahun Baru Cina.

"Anggota kita meminta mereka memberhentikan kenderaan berkenaan namun mereka enggan dan terus memecut motosikalnya.

"Kita cuba mengejar suspek sehingga melalui jalan berbatu dan sebaik melalui kawasan selekoh, kenderaan kita gagal dikawal sebelum terbabas dan masuk ke dalam parit di tepi jalan berkenaan," katanya ketika dihubungi, di sini.


"Jangan disangka air yang tenang tiada JPJ, itulah antara komen gurauan dari netizen yang menganggap kejadian ini sebagai lucu. Namun tidak kurang juga yang bersimpati dan mendoakan keselamatan anggota JPJ tersebut.


Bagaimanapun, dua anggota JPJ tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan dan berjaya keluar dari kenderaan itu setelah dibantu oleh penduduk kampung.

Post a Comment

 
Top