MENJIJIKKAN namun penduduk di sebuah rumah pangsa di Rusia tiada pilihan dan terpaksa berdepan dengan sisa kumbahan yang membeku selepas longkang pecah, disebabkan pihak berkuasa enggan menangani keadaan berkenaan.

Penduduk di rumah pangsa di Serov itu terpaksa berdepan dengan bau busuk dan mereka bimbang keadaan akan jadi lebih buruk apabila suhu meningkat, mengakibatkan kumbahan beku itu cair.

Mereka telah mendesak kerja-kerja untuk membaiki kerosakan itu dilakukan segera sebelum musim sejuk berakhir.


Keadaan busuk yang mereka alami itu telah mengakibatkan masalah kesihatan dan memandangkan pihak terbabit enggan membaikinya, penduduk telah membawa kes berkenaan kepada pendakwaraya dan badan pemantau kesihatan.

Selain itu, gambar-gambar sisa kumbahan itu turut dimuatnaik dalam internet.


“Ia menjijikkan kerana hanya terdapat air kencing dan tahi yang membeku. Kami juga terpaksa mengawasi anak-anak supaya tidak keluar rumah.

“Najis yang beku ini dikhuatiri akan menyebabkan siling rumah runtuh,”
kata salah seorang penduduk di situ. – MYNEWSHUB



Lawat: Para Ibu Bolehlah Bekalkan Tenaga Juara MILO Untuk Anak-Anak Mengatasi Tahu Persekolahan Baru Ini! 

Post a Comment

 
Top