Harapan peminat Jep Sepahtu dan Sari Yanti untuk melihat mereka berdua ke jinjang pelamin dalam masa terdekat mungkin tidak kesampaian selepas Jep menafikan khabar angin bahawa beliau dan Sari Yanti bakal bertunang pada bulan ini.


Jep enggan mengulas panjang mengenai gosip tersebut dan hanya menyatakan mereka berdua tidak pernah mempunyai perancangan untuk bertunang.

Bertunang? tak ada lah, mana ada. Saya tak baca pun apa yang keluar dan tidak tahu apa-apa mengenainya. Kami memang tiada perancangan untuk bertunang.


Berita pertunangan Jep dan Sari Yanti pada awalnya dilaporkan oleh sebuah akhbar tempatan pada hari Ahad lepas. Menurut mereka, dakwaan Jep dan Sari Yanti bercinta lebih kuat apabila Sari Yanti baru-baru ini mengungkapkan kata “ I love you” menerusi ruangan komen di Insta Live Jep.

Malah, rakan-rakan Jep di Sepahtu Reunion Live juga menyenangi kehadiran Sari Yanti. - beautifulnara

Post a Comment

 
Top