Sebut sahaja tembok besar China, minda kita secara automatik akan ingat monumen kemegahan tinggalan sejarah yang terletak di negara China.

Tapi ramai tak antara kita yang tahu akan di sebalik terbinanya Tembok Besar China ni? Nak tahu serba sikit cerita dan mitos yang misteri pasal `tembok` ni? Meh sini..



1. Kenapa tembok perlu dibina?


(Grafik pembinaan Tembok Besar China)

Menurut kajian sejarahwan dunia, tembok ini dibina semasa zaman pemerintahan Qin Shi Huang (Shi Huang Ti) bagi melindungi tahan jajahannya daripada pihak musuh dan pertama kali mewujudkan pembangunan dinding pertahanan itu menjadi Tembok Besar China sepanjang 2.414 km.

Rancangan tembok ini disempurnakan pada zaman Dinasti Ming dan terjadilah tembok seperti yang korang nampak hari ni.


2. Panjang-Lama-Unik?

(Info grafik perincian bangunan pemerhati)

Ramai antara kita yang kurang peka dengan panjang sebenar Tembok besar China ni adalah 5500 Miles (8851.392 km) bukan 3900 Miles (6276.442 km).

Tembok yang hebat ini mengambil masa 10 tahun untuk dibina dengan menggunakan banyak tenaga kerja. Wah! satu masa yang lama tu.


3. Bahan binaan bercampur rangka manusia?


(Grafik mayat yang ditanam sebalik tembokl)

Mengikut cerita mitos yang kita selalu dengar, bahan yang digunakan untuk membina tembok besar ini dihasilkan dengan menggunakan rangka manusia, dan ada juga yang percaya masyarakat pada waktu itu menggunakan beras pulut dan putih telur sebagai ejen pelekat (simen) antara bongkah batu.

Sebenarnya semua andaian tersebut tidak boleh disangkal kerana sejarahwan bersetuju, masyarakat pada waktu itu hanya menggunakan bahan ada pada waktu itu.


4. Tembok boleh dilihat dari bulan?


(Foto The Great Wall daripada satelit)

Ha! ada juga yang berpendapat, Tembok Besar China ni boleh dilihat dari bulan. Sebenarnya, mustahil untuk melihat dari bulan tetapi imej tembok ini pernah dirakam menerusi setelit.

Kalau dilihat dengan mata kasar, tembok besar ini nampak seperti sehelai rambut yang halus je.


5. Mitos misteri Taotie.


(Ukiran wajah Taotie yang mengerikan)

Setiap masyarakat mempunyai mitos dan kepercayaan mereka yang tersendiri. Bagi masyarakat pada waktu itu, mereka percaya merupakan Taotei merupakan satu semangat yang melambangkan ketakutan dan sangat berkuasa.

Memiliki wajah yang menakutkan, Taotie dianggap sangat kejam dan ganas oleh masyarakat pada ketika itu. Namun ada yang beranggapan, Taotie ni sebagai satu simbol yang melindungi mereka daripada semangat jahat.

Jadi, jika diamati dan diteliti, sebenarnya kewujudan Taotie masih lagi menjadi satu misteri sehingga ke hari ini.


6. The Great Wall adaptasi cerita sebenar?


Bukan mudah sebenarnya nak buat movie yang berkisarkan sejarah yang unggul tau. Menerusi filem The Great Wallni, korang boleh saksikan keindahan budaya dan misteri pembinaan Tembok Besar China ni.


Lawat: Para Ibu Bolehlah Bekalkan Tenaga Juara MILO Untuk Anak-Anak Mengatasi Tahu Persekolahan Baru Ini! 

Post a Comment

 
Top