Hari ini, saya menerima sebuah SMS ketika saya berada dalam mesyuarat. Nampaknya ada pihak yang tidak bertanggungjawab telah klon kad kredit saya.

Dengan kadar yang segera, saya terus mencari kad kredit milik saya dan menghubungi talian Khidmat Pelanggan untuk menyemak perkara itu.

Namun, tiada sebarang caj yang dikenakan pada kad kredit saya. SMS yang dihantar pada saya ini sebenarnya perangkap untuk mendapatkan nama, Kad Pengenalan, maklumat mengenai kad kredit dan sebagainya.


Jika saya menghubungi nombor yang tertera, sudah tentu saya akan masuk perangkap mereka.

Beringatlah semua, hubungi pihak bank kad kredit anda melalui talian rasmi dan bukannya melalui nombor yang diberikan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab ini. - Nik Lim

Untuk pengetahuan umum, pihak bank biasanya akan menghantar SMS berserta dengan 4 digit terakhir kad kredit anda jika terdapat sebarang transaksi yang melibatkan jumlah yang besar. Jika sebaliknya, usah menjadikan diri anda sebagai mangsa pihak yang tidak bertanggungjawab.


Post a Comment

 
Top