Barang elektronik yang ni kalau rosak memang akan bawa masalah yang berpanjangan dirumah. Peti ais adalah the most power-intensive appliance dirumah. Nak masak pun susah kalau macam ni.

Sebab ianya tempat untuk menyimpan barangan dapur lagi-lagi barangan mentah. Uish peti ais rosak memang habis semua barang pun akan rosak, duit pun akan mengalir woih. Betul-betul problem ni!

Ha, sini admin nak share kan masalah-masalah yang common tentang peti ais. Even admin pun pernah terkena tau!


1. Peti ais kurang sejuk atau tak sejuk langsung


Perkara ni terjadi bila consender fan motor tak berfungsi dengan baik. Mungkin juga datang dari kompresor, atau kebanyakkan masalah ini adalah berpunca dari frost-free failure.

Kompresor adalah the heart of the refrigerator, kalau benda ni tak berfungsi, alamatnya memang kena tukar peti ais yang baru sebab kalau nak repair memang akan mahal sangat. Rugi je tau.


2. Bunyi kuat dan bising. Kalau duduk rumah sorang ni seram jugak lah


Peti ais korang akan produce bunyi-bunyi yang pelik dan sangat annoying kalau barang penuh dalam tu. Overload la katakan.

Selain tu, barangan yang suam atau panas juga adalah salah satu penyebabnya. Tapi jangan risau, bunyi ni tak ada kena mengena dengan motor peti sejuk korang. Cuma sangat tak selesa dengan bunyi tu..

Jadi, solutionnya kurangkan barangan dalam peti sejuk dan jangan selalu letak makanan yang masih panas atau suam tau.


3. Peti ais terlalu kecil, compartment tidak mencukupi


Mungkin ada diantara kita tak jenis suka beli barang dapur untuk sebulan terus. Ye dok? Bukan apa, senang sikit kerja tak perlulah nak pergi giant selalu.

Lagi-lagi yang selalu masak, almost every day mesti masak. Itu memang kena simpan stock banyak-banyak untuk barang mentah dan juga barang kering.

Tapi malangnya.. Peti ais tak cukup besar untuk simpan barang, compartment sikit sangat pulak. Itu pun masalah sebenarnya kan.


4. No ice dan no water dispenser. Alamak aih..


Kalau musim-musim panas ni memang stress gila la tak dapat minum ais. Dahaga tekak woih! Buatnya pulak water dispenser fridge problem, ha memang frust lah.

Masalahnya ini samada penapis air tersumbat atau bekalan air yang rosak. Tak ada air maknanya tak ada ais. Jadi korang kena lah panggil tukang repair peti ais, jangan memandai buat sendiri ye.


5. Pembentukkan ais dalam peti sejuk. Keras macam batu dah!


Ni pulak kalau bahagian dalam peti sejuk korang dah macam winter in wonderland tu adalah kebocoran air.

Ada beberapa sebab benda ni terjadi, contohnya meninggalkan pintu peti ais terbuka terlalu lama boleh meningkatkan tahap kelembapan di dalam peti sejuk, sebab tu lah jadi fros dan pembentukkan ais ni.

Tapi memang susah nak hilangkan, kena cabut dulu plug peti sejuk korang, pastu bagi ais tu cair, baru boleh lap dengan kain yang kering. Sometimes, pembentukkan ais ni berbau juga tau. - ohbulan

Post a Comment

 
Top