RATHEDAUNG di Arakan, kini senasib dengan Khan Younis di Gaza. Dua petempatan dalam dua wilayah berbeza tetapi senasib kerana diserang, dikepung dan ditindas. Satu di Myanmar satu di Israel.

Beginilah nasib umat minoriti Islam yang dizalimi dua rejim yang dipengaruhi keganasan ketenteraan.

Khan Younis di bom secara besar-besaran pada 2006 dan disusuli dengan tindakan gempur komando Israel dari rumah ke rumah kerana mengesyaki penduduknya terlibat menyembunyikan tentera Israel yang diculik, Koperal Ghilat Shalit.

Selain itu, sejak kebangkitan Intifada penduduk Palestin pada 2001, puluhan helikopter tentera Israel mengebom Khan Younis tanpa henti bermula Ogos 2001 hingga Oktober 2002. Khan Younis dianggap Tel Aviv sebagai kubu kuat pejuang Hamas yang menguasai Gaza.

Itu suasana di Khan Younis sejak 2001 hingga kini. 320 ribu penduduk Palestin ditindas berikutan sekatan rejim Zionis terhadap semua pintu masuk ke Gaza.

Di Rathedaung, Rohingya, 2,467 etnik Rohingya yang tinggal di dua buah kem pelarian be­risiko mengalami kebuluran kerana tiada akses pada bantuan kemanusiaan.

Menurut portal Rohingya Blogger, pelarian sedang mengalami kemelaratan kerana musim sejuk. Cuaca buruk serta kekurangan pakaian mendedahkan pelarian pada pe­nyakit seperti demam, batuk serta kom­plikasi tekanan darah ting­gi.

Jumlah pelarian terdiri daripada 187 keluarga dari Kampung Koe Tan Kauk dan 225 keluarga dari Kampung Chain Khali.

Penduduk Rohingya dari dua perkampungan ini dihalau dari perkampungan mereka sejak Jun 2012. Lebih zalim, kem pelarian ini dikepung hampir lima tahun. Penduduk Islam tidak dibenarkan keluar mencari pekerjaan.

Tanpa pekerjaan dan perhubungan luar, tiada sumber bantuan diperolehi.

Malah, pihak tentera Myanmar turut menghalang misi bantuan dari Program Makanan Sedunia (WFP) sejak bulan November lalu.

Kerajaan Myanmar juga gagal mengumumkan kaedah pengagihan makanan kepada pelarian melalui pelbagai sumber yang dihantar pihak luar. Hingga kini, misi kemanusiaan antarabangsa tidak dibenarkan masuk ke Arakan. - mynewshub




Klik: IT`S MIRACLE! 3 Minutes To Repair 3 Months Of Hair Damage! You Have To Try It To Believe It! 

Post a Comment

 
Top