KLIP aksi seorang lelaki warga China membiarkan sebatang tiang kayu menghentak zakarnya membuatkan penonton yang menonton video itu terlopong besar.

Mana tidaknya, lelaki berpakaian serba hitam itu dipercayai mengamalkan teknik ‘Iron Crotch’ iaitu salah satu aksi Kung Fu Shaolin untuk memberikan kekuatan atau kekebalan kepada bahagian ‘kelakiannya’.

Menurut ahli-ahli atau pakar kung fu, aksi tersebut mampu membantu merawat mati pucuk dan ejakulasi pra-matang.

Video tersebut telah dimuat naik di laman mikro Weibo menerusi akaun Qidi Daily semalam.



Di dalam klip yang tersebar itu, seorang lelaki yang tidak didedahkan identitinya dilihat membuka kekudanya dan menghayunkan tiang kayu beberapa kali dan menahan hayunan itu menggunakan zakarnya sahaja.

Menurut kepercayaan warga China, posisi yang dilakukan oleh lelaki itu mampu mengalirkan ‘tenaga Chi’ ke bahagian alat sulitnya dan menjadikannya keras seperti besi.

Malah ia juga dipercayai boleh memberi manfaat kepada kaum lelaki sebagai senaman untuk merangsang peredaran darah dan meningkatkan fleksibiliti tisu sekitar buah zakar (testis).

Namun, persediaan dan tunjuk ajar yang rapi diperlukan sebelum melakukan aksi tersebut.

Jelas pakar kung fu lagi, sebelum seseorang itu melakukan aksi tersebut, mereka perlu memberi tumpuan kepada ketahanan badan dan mengurut buah zakarnya sekurang-kurangnya 300 hingga 500 kali sehari untuk mencapai tahap seperti lelaki di dalam klip tersebut.

Walau bagaimanapun, senaman itu tidak disokong oleh pakar-pakar perubatan dari Barat bahawa ia mampu mengekang masalah mati pucuk mahupun ejakulasi pra-matang. – MYNEWSHUB

Post a Comment

 
Top