KIRA-kira dua tahun lalu aku pernah menulis mengenai kepayahan sepasang suami isteri tua ini yang berniaga goreng pisang di bawah rimbunan pokok di kawasan perumahan Prima Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Apabila hujan ribut melanda, duduklah mereka dua laki bini dalam kesejukan di stall mereka yang cuma ada dua tiga meja yang dicantumkan itu.

Prihatin terhadap pasangan ini, pegawai Lembaga Zakat Selangor (LZS) yang terbaca coretan aku itu datang dan terus membantu pasangan tersebut.

Selain wang, diberikan juga payung bagi membolehkan pakcik dan makcik tua ini berniaga.


Namun rupanya apa yang dibuat pasangan ini adalah DOSA BESAR buat Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Walaupun tak jauh dari situ masih ada kedai mesin video haram, namun nampaknya stall si asnaf yang berniaga goreng pisang dan untung tidak seberapa itulah yang ‘PERLU DIHAPUSKAN’ terlebih dahulu.


Lihat saja video luahan makcik tua itu… luahan seorang rakyat marhaen yang tak mampu berbuat apa-apa berdepan dengan mereka yang berkuasa… hanya pada Allah dia berserah. - mynewshub

Allahu…

SAK: Sayang, makcik ini bukan anak dara comel yang meniaga nasi lemak hingga mampu meraih simpati sang VVIP. – (Syahril A. Kadir)

Post a Comment

 
Top