Macam-macam ragam dunia, dan antara yang paling pelik berlaku adalah pada seorang lelaki yang mempunyai ketinggian yang luar biasa ini.

Adam Elliot yang berusia 26 tahun dan mempunyai ketinggian 6 kaki 6 inci ini pernah disaman kerana dikatakan memandu sambil berdiri.


Polis bertindak menyaman dirinya yang sedang dalam perjalanan dari Gatehead ke Newcastle dengan mengatakan tindakannya itu membahayakan nyawa penumpang lain.

Kepalanya yang terjulur keluar melebihi bumbung kereta menyebabkan pemandu lain di jalan raya berasa terganggu disebabkannya.

Kes dibawa ke mahkamah dan hakim melarang Adam yang bekerja sebagai jurujual kereta ini daripada memandu lagi.


Namun menurut The Guardian, Adam membela diri dengan mengatakan ia bukan salahnya dilahirkan begitu.

Diberi gelaran sebagai 'Big Friendly Giant', dia juga didakwa kelihatan 'menunjuk-nunjuk' ketika memandu disebabkan ketinggian yang dimilikinya.


Malang sungguh nasib yang menimpa lelaki ini, dek kerana tinggi sangat sampai pengguna jalan raya pun berasa takut bila nampak dia dalam kereta. Harap bertabah ya.

Post a Comment

 
Top