Rakaman yang menunjukkan ibu Chen berpakaian merah jambu memaksa kanak-kanak itu duduk.

CHONGQING - CHINA.
Perbuatan seorang ibu sanggup meninggalkan anaknya di dalam lif selepas bertengkar dengan suaminya menimbulkan kemarahan selepas video berkenaan tersebar.

Insiden tersebut dirakam oleh kamera pengawasan di blok kediaman di sini 17 Januari lalu, lapor Foto Chinanews.com.

Dalam rakaman berkenaan, ibu yang berpakaian hitam masuk ke dalam lif di tingkat 22 pada jam 9 malam sementara seorang lagi wanita yang berpakaian merah jambu dipercayai nenek kanak-kanak itu dilihat memaksa bayi berkenaan duduk dalam lif itu.

Sebaik tiba di tingkat bawah, ibu berkenaan terus keluar dari lif berkenaan membiarkan anaknya itu duduk di lantai lif tersebut berseorangan.

Walaupun, beberapa jiran kelihatan keluar masuk lif berkenaan, namun kanak-kanak itu dibiarkan keseorangan sehinggalah salah seorang jiran akhirnya mengambil bayi berkenaan dan menyerahkan kepada seorang pegawai keselamatan yang kemudiannya membuat laporan polis.

Seorang polis memberitahu wartawan CNS TV, pengawal keselamatan berkenaan meminta bantuan pihak polis bagi mencari ibu bapa bayi tersebut.

Polis berkata, bapa bayi itu, Liu memberitahu dia bergaduh dengan isterinya, Chen pada malam kejadian dan menyebabkan wanita itu berang dan mengambil keputusan meninggalkan rumah mereka.

Ibu Chen meletakkan bayi itu di dalam lif bersama ibunya namun Chen kemudian keluar dan meninggalkan bayi itu keseorangan.

Pegawai berkata, ketika kejadian, cuaca sangat sejuk dengan suhu dicatatkan hanya beberapa darjah Celsius sahaja.

Polis meminta keluarga berkenaan berbincang dan tiada tindakan dikenakan terhadap mereka. - sinarharian

Post a Comment

 
Top