LUMRAH menjadi seorang lelaki, bab menghias atau mereka sesuatu benda bukanlah satu kemahiran semula jadi yang ada pada kaum Adam itu.

Walaupun ia perkara yang ringkas dan mudah, namun pasti akan ada sesuatu yang tidak kena di pengakhirannya.

Sama seperti insiden kelakar yang berlaku di Korea Selatan ini. Seorang lelaki yang dipercayai bapa kepada budak perempuan ini telah diarahkan oleh ibunya untuk menghias anak mereka itu untuk sebuah persembahan di sekolahnya.

Menurut sumber, anak perempuan mereka dikatakan akan membuat persembahan di sekolahnya dengan memegang watak seekor arnab.

Setiap perhiasan sebagai arnab itu telah disediakan oleh ibunya namun dia telah menghilangkan perhiasan di bahagian hidungnya dan lihat apa yang berlaku..


Bapa: Apa yang diperlukan untuk dia bawa ke sekolah?

Ibu: Cekak rambutnya… tapi saya dah hilangkan bahagian hidungnya..

Bapa: Di manakah ia?

Ibu: Lukis sedikit misai di mukanya..dan pastikan dia bawa kesemua stokin putih dan merah jambunya..

Bapa: Awak buatkan misai untuknya juga?

Ibu: Tak tak… boleh tak awak lukiskan sedikit misai dengan pensil alat solek?

Dan budak perempuan itu pun bersiap dengan pakaian serta aksesori arnabnya bersama sedikit misai… yang pelik dan kelakar!


Nampak gayanya budak perempuan tersebut terpaksa tukarkan wataknya daripada arnab yang comel menjadi arnab jadian!


Jadi, kepada para bapa di luar sana, silalah buat kajian terlebih dahulu sebelum menghiaskan anak perempuan anda ya!



Lawat: Hadiah Bernilai Lebih RM20K Untuk Dimenangi! Undilah Pemaju Pilihan Anda Sekarang! 

Post a Comment

 
Top