CLINTON melambai kepada penyokongnya di Florida kelmarin.

WASHINGTON –
Biro Siasatan Persekutuan (FBI) tanpa diduga mendedahkan dokumen berkaitan tindakan bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Bill Clinton memberi pengampunan kepada suami seorang wanita yang menghulurkan derma lumayan kepada Parti Demokrat.

Pendedahan itu dibuat beberapa hari sebelum pilihan raya Presiden AS diadakan.

Bill merupakan suami calon Presi­den AS dari Parti Demokrat, Hillary Clinton.

Laporan FBI setebal 129 muka surat itu berkaitan pengampunan yang diberikan kepada peniaga, Marc Rich. Pendedahan itu mendorong Parti Demokrat mempersoalkan motif sebenar FBI.

Ramai pemimpin Parti Demokrat sebelum ini berang dengan FBI kerana membuka siasatan baharu terhadap Clinton berhubung skandal e-melnya.

“Adakah FBI akan juga mendedahkan dokumen berkaitan diskriminasi oleh Trump melibatkan projek perumahan sekitar tahun 70-an?” kata jurucakap Clinton, Brian Fallon merujuk kepada lawan Clinton daripada Parti Republikan, Donald Trump.

Setakat ini, tujuan FBI membuat pendedahan negatif tentang suami Clinton ketika tarikh hari pilihan raya Presiden AS semakin hampir itu masih tidak jelas.

Rich sebelum ini didakwa atas tuduhan mengelak cukai persekutuan di AS. – AFP/kosmo


Lawat: Siapakah Yang Akan Memenangi Anugerah Real Estate Paling Berprestij Di Malaysia? Awak Tentukan. Undi Sekarang! 

Post a Comment

 
Top