Sekali pandang, malah dua kali pandang pun tidak dapat dinafikan yang pemilik nama Yoshi ini mempunyai rupa paras yang sangat jelita dan comel!

Mempunyai kulit yang putih melepak, tubuh lansing bak model, bentuk mata bundar yang dapat membuatkan sesiapa pun terpana bila memandangnya, pendek kata kesempurnaan memang miliknya.




Wanita lain pastinya cemburu dengan pakej yang dimilikinya namun siapa sangka, di sebalik kesempurnaan dirinya, Yoshi sebenarnya adalah seorang lelaki.

Hancur harapan lelaki bila mendengarkan perkara ini tetapi yang pastinya Yoshi digelar sebagai lelaki paling cantik oleh Media Thailand.

Tidak hairanlah gambar-gambarnya menjadi viral dan tersebar luas di dunia maya. Dia menjadi popular selepas memenangi sebuah pertandingan ratu cantik pondan sewaktu masih bergelar pelajar lagi.



Walau bagaimanapun, Yoshi mengatakan yang dia belum lagi melakukan pembedahan mengubah kelamin dan paling menarik, kecantikan yang dimilikinya itu adalah semulajadi kecuali bahagian bibirnya sahaja yang sudah diubah melalui pembedahan.

Wajahnya sering kali dijadikan hiasan dalam majalah Thailand, selain menjadi model komersial dan menjadi duta produk.

Dia juga muncul membintangi siri drama TV 'Love Sick' dan dijangka muncul pula dalam filem.



Yoshi yakin benar dirinya adalah seorang perempuan malah sejak kecil lagi dia sudah membesar bersama-sama ramai kanak-kanak perempuan di sekelilingnya.

Menyentuh tentang perancangan masa hadapan, dia belum lagi membuat keputusan samada mahu mengubah alat kelaminnya atau pun tidak dan mengatakan ianya bergantung kepada haluan hidupnya kelak.


Lawat: Siapakah Yang Akan Memenangi Anugerah Real Estate Paling Berprestij Di Malaysia? Awak Tentukan. Undi Sekarang! 

Post a Comment

 
Top