SEBUAH video rakaman litar tertutup (CCTV) di sebuah stesen minyak di Michigan, Amerika Syarikat menjadi viral akibat tindakan seorang lelaki yang secara tidak sengaja menyalakan api di situ kerana seekor labah-labah.

Lelaki terbabit yang dikatakan anti serta panik melihat labah-labah yang berjalan di tangki minyak keretanya itu ingin membakar serangga tersebut namun tindakannya telah mencetuskan satu kebakaran kecil di stesen tersebut.

Menurut pekerja di situ, Susan Adams memberitahu lelaki berkenaan pada mulanya tidak mengaku kesalahannya namun telah menerangkan situasi yang sebenar selepas kejadian itu.

Kerosakan yang dialami dilaporkan akan ditanggung oleh pihak insurans syarikat itu dan lelaki terbabit juga dikatakan telah tampil memohon maaf atas insiden cuai yang dilakukannya.



Manarik: Anda Berpeluang Memenangi Hadiah Bernilai RM20,000 Dengan Hanya Beberapa Klik Mudah Sahaja! Lawat Di Sini Untuk Mengetahui Dengan Lebih Lanjut. 

Post a Comment

 
Top