[Video] Curang Dengan Anak Tiri, Lelaki Pukul Kekasih Dalam TV



BUCHAREST – Seorang lelaki yang juga seorang penyanyi bertaraf jutawan di Romania telah bertindak memukul kekasihnya selepas mendapati wanita itu telah berlaku curang dengan anak tirinya sendiri.

Nicolae Guta yang merupakan penyanyi digelar ‘King of Gypsy Music‘ telah menarik rambut kekasihnya, Lulia dan melontarkan kata kesat kepadanya dalam program televisyen tempatan yang sedang bersiaran langsung.


Insiden tersebut berlaku selepas Nicolae dan Lulia muncul bersama ahli-ahli keluarganya termasuk bekas isterinya, Narcisa Guta dan anaknya, Nicu, dalam sebuah program temu bual di Romania.


Suasana yang pada mulanya tenang itu menjadi tegang selepas anak tiri lelaki terbabit, Nicu, telah membuat pengakuan bahawa dia telah melakukan hubungan sulit dengan Lulia.

Lulia yang dikatakan sedang mengandung kemudian dilihat tergamam dan menangis selepas diperlakukan sedemikian.

Menurut sumber, Nicu telah membuat pengakuan seperti itu bagi membalas semula cara sikap Nicolae melayan dan berlaku curang kepada ibunya, Narcisa dahulu.

0 Response to "[Video] Curang Dengan Anak Tiri, Lelaki Pukul Kekasih Dalam TV"

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2