JOHOR BAHRU: Lebih 400 pesakit di bangunan induk Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru, yang terlibat dalam kebakaran di wad unit rawatan rapi (ICU) selesai dipindahkan ke beberapa hospital kerajaan sekitar Johor, sejak Selasa.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata kesemua pesakit telah dipindahkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI), Hospital Permai, Hospital Segamat, Hospital Temenggung Seri Maharaja Tun Ibrahim, Hospital Mersing dan hospital berhampiran.

Bagi memastikan operasi hospital terbabit tidak terjejas, pakar-pakar dan pasukan dari HSA akan dibawa untuk membantu merawat pesakit yang dipindahkan.

“Seperti untuk pembedahan misalnya, pakar akan bawa pesakit bersama pasukan dan jururawatnya. Pergi dan balik. Ini agar tidak memberatkan hospital yang kita tumpang,” katanya selepas melawat pesakit dan meninjau keadaan bangunan induk HSA di sini hari ini.

Hilmi turut memaklumkan, setakat ini kementerian belum bercadang untuk memindahkan pesakit ke hospital swasta.

Pada masa sama, beliau menyatakan rasa kagum dengan kesungguhan yang ditunjukkan oleh kakitangan HSA yang memberi perkhidmatan terbaik terutama ketika dilanda musibah.

Dalam kebakaran pada Selasa, seramai enam pesakit ICU maut manakala seorang lagi pesakit berjaya diselamatkan. Dua jururawat dan seorang pelatih fisioterapi cedera akibat terhidup asap dan dirawat di Hospital Sultan Ismail. - astroawani


Manarik: Anda Berpeluang Memenangi Hadiah Bernilai RM20,000 Dengan Hanya Beberapa Klik Mudah Sahaja! Lawat Di Sini Untuk Mengetahui Dengan Lebih Lanjut. 

Post a Comment

 
Top