Biasanya kita akan memilih air yang bersih dan tidak berbau untuk mandi atau membersihkan badan, tetapi perkara sebaliknya berlaku di daerah Sumenep, Jawa Timur, Indonesia.

Lokasi kolam air busuk di Jawa Timur

Satu kawasan mata air yang mengeluarkan air berbau busuk di kampung Kaduara Timur, Mukim Pragaan, Sumenep, Jawa Timur dijadikan lokasi mandi-manda oleh orang ramai. Malah kawasan itu turut menjadi tumpuan orang ramai dari luar kawasan Sumenep, lapor akhbar Kompas.

Meskipun airnya busuk, ia tetap bersih dan dipercayai boleh mengubati semua jenis penyakit kulit kerana mengikut kajian yang dibuat, sumber air itu mengandungi belerang.

Seorang pengunjung, Asep Zamzami, 22, berkata, dia sekeluarga datang dari Jawa Barat semata-mata untuk mandi di kolam mata air itu bagi menghilangkan penyakit bisul.

Menurutnya, dia mengetahui lokasi itu melalui seorang ahli keluarganya yang telah sembuh daripada penyakit kulit selepas mandi di kolam air busuk tersebut.

Seorang penduduk tempatan, Siti Zainab, 47, pula memberitahu, untuk menghilangkan penyakit kulit, seseorang itu perlu berendam selama dua jam, terutamanya mereka yang berkunjung hanya sekali sahaja.

"Selepas berendam, bahagian yang dijangkiti penyakit kulit akan terasa gatal dan kita perlu menggosoknya dengan menggunakan tangan sebelum dibasuh dengan sabun," ujarnya.

Tambahnya, semua pakaian yang digunakan ketika mandi juga perlu dibuang sebagai satu simbolik bahawa penyakit kulit yang kita alami akan ditinggalkan di lokasi mata air itu.


Lawat: Berhentilah Mengira Rambut Anda Yang Gugur Hari Ini Dan Tumpukan Penuh Perhatian Kepada Pencapaian Kehidupan Saat Yang Paling Berharga! #CountonDove 

Post a Comment

 
Top