KUALA LUMPUR : Hajat hati mengulangkaji pelajaran bersama rakan sekelas, namun nasib malang menimpa seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun yang dirogol abang kepada rakan sekelasnya sebaik selesai menunaikan solat Isyak.


Malah, pelajar malang itu dikatakan tidak sempat menghabiskan bacaan doa sebelum diserang suspek berusia 18 tahun.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam di sebuah rumah di Setapak, di sini, bermula apabila pelajar terbabit ke rumah rakannya untuk mengulangkaji pelajaran.

Menurut sumber, selepas lebih 30 minit mereka mengulangkaji mata pelajaran, mangsa yang belum menunaikan solat meminta keizinan rakannya bersembahyang.

“Rakan perempuan sekelasnya itu memintanya masuk ke bilik tidur ibunya menunaikan solat,” katanya.

Difahamkan, ketika kejadian itu, ibu kepada suspek dan rakan sekelas mangsa itu belum pulang dari bekerja.

Sumber berkata, sebaik selesai menunaikan solat, pelajar terbabit mengangkat tangan untuk berdoa, namun perbuatannya terhenti apabila abang kepada rakan sekelasnya menyelinap masuk ke bilik berkenaan.

“Suspek yang hanya memakai tuala menarik tangan mangsa sebelum menolaknya ke atas katil.

“Mangsa yang ketakutan cuba menjerit mendapatkan pertolongan rakan sekelasnya, namun mulutnya ditutup suspek,” katanya.

Sumber berkata, suspek memukul mangsa sebelum menanggalkan pakaiannya dan merogolnya.

“Suspek mengugut mangsa merahsiakan perkara berkenaan selain mendakwa akan mencederakan pelajar itu sekiranya dia membuat laporan polis,” katanya.

Mangsa memberitahu kejadian berkenaan kepada rakan sekelas sebelum tampil membuat laporan di Balai Polis Setapak, di sini.

P/S: Kenapa manusia begitu zalim, sanggup merogol budak sekolah yang masih ada masa depan. Kalaulah perkara ini terjadi pada keluarga kita macam manalah perasaaan kita. Kenapa perkara ini berlaku, masih adalah iman dan perasaan belas kasihan kat dunia ini...itu yang menjadi persoalan untuk aku.

Sempat jugak lah aku berborak dengan kawan-kawan berkenaan perkara ini, setelah berbincang kenapa perkara ini berlaku kerana kita sudah lama meninggalkan petunjuk Ilahi Al-Quran dan Al- Sunnah manusia mencari selain daripada ke dua-dua itu akan menemui kegagalan dan kehancuran.

Laksanakan Hukum Allah, itu jalan penyelesaian. Aku yang memberi nasihat ini bukannya terbaik pun, Ustaz pun jauh sekali tapi aku tidak pernah membenci hukum Allah apatah lagi aku menidakkan nya..Walau pun aku pun tidak sempurna..

Berkawanlah dengan orang berilmu nescaya kamu akan mendapat manfaat daripada mereka, jauhlah kamu berkawan dengan ahli maksiat kelak kamu akan kecundang...Pengalaman gua laa...Assalamualaikum - kakisembang


Menarik: Hadiah Bernilai Lebih RM20K Untuk Dimenangi! Undi Sekarang Pemaju Pilihan Anda Untuk iProperty.com People’s Choice Awards 2016. 

Post a Comment

 
Top