SIAPAKAH antara anda semua ada pengalaman memiliki jiran yang membuatkan hidup anda umpama mimpi ngeri?

Mesti ada sebahagian yang pernah melalui perkara seperti itu kan.

Kita mungkin terlalu banyak bertolak ansur dengan jiran ‘sakit otak’ ni.

Kita menolong tetapi kita yang dipermainkan.

Bayangkan, pasti menyedihkan bukan kalau jiran kita anaknya terlalu ramai dan tak mampu nak bagi makan sehingga ada di kalangan mereka yang datang sebagai Pendatang Asing Tanpa Izin dan ada pula yang masuk rumah kita dengan dokumen.

Kita bagi makan, kita bagi minum, ajar dia membaca dan menulis malah ajar jiran tu macam mana nak urus rumah tangga.

Namun, jiran kita ni rupanya tidak bertamadun.

Bukan sahaja tidak reti nak ucap terima kasih dan bersyukur tetapi nak buat perangai bodoh sombong pula.


Dah kita tolong macam-macam, dia bakar sampah pulak setiap hari dan bagi rumah kita penuh asap.

Bukan sekali sekala, setiap tahun selama puluhan tahun duk asyik bakar sampah. Mungkin sebab bodoh jadi dia tak tahu ada cara lain uruskan sampah selain pada bakar.

Lepas tu dia tuduh anak-anak kita pula yang bakar.

Kalau iye anak kita bakar, bagilah bukti dan sepak la anak kita pasal tak hormat kawasan rumah dia. Dah rumah dia, dia la berkuasa untuk bertindak kan.

Bila kita mengeluh, dia kata dia tanam banyak pokok bunga yang membekalkan udara selama berbulan-bulan.

Dia tanya, masa dapat oksigen pada bunga tu tak pulak ucap terima kasih… masa ada asap kita marah.

Erk… kebodohan apa ni…kat rumah kita pun ada pokok bunga dan rumput dan macam-macam.

Udara kita pun jiran tak bertamadun kita tu rasa jugak bila ada perubahan arah angin bertiup.

Lagi tak masuk akal, masalah bakar sampah itu perlu 3 tahun nak selesai.

Hakikatnya, dah berpuluh bilion duit kita sampai ke rumah jiran tak bertamadun tu melalui anak-anak pendatangnya yang membolehkan jiran kita dan anak-anak yang lain dapat makan tetapi tak pula disebut.

Nasib la dapat keje kat rumah kita, sebab itu mak bapak dia boleh makan kat rumah sebelah tu.

Pasal oksigen yang entah pada mana hendak dijadikan alasan.

Namun itulah nasib badan. Kalau dah dapat jiran bodoh, memang malang la hidup kita.

Kalau kat kawasan perumahan mungkin boleh pindah, tapi kalau tuhan dah tetapkan jiran bodoh tu sebelah negara, maka hiduplah kita melayan kebodohan mereka selamanya!!!



Lawat: Adakah Anda Peminat Shell? Kumpulkan Set Penuh Edisi Terhad Shell Heritage Canisters Hari Ini! 

Post a Comment

 
Top