DALAM usaha untuk mengatasi masalah pembaziran makanan, Denmark telah membuka sebuah kedai runcit yang menjual makanan yang sudah melebihi tarikh luput untuk mengatasi masalah tersebut.

Sejak dibuka Isnin minggu lalu, kedai runcit We Food yang terletak di Copenhagen menerima sambutan yang sangat mengalakkan daripada penduduk setempat.


Barang jualan seperti makanan, alat kosmetik dan beberapa peralatan rumah dijual pada harga 30 hingga 50 peratus lebih rendah daripada kedai runcit biasa.

Menurut ketua projek, Per Bjerre, misi dan visi mereka adalah untuk penduduk yang mempunyai kurang pendapatan selain pelanggan yang prihatin dengan masalah pembaziran makanan di negara tersebut.

“Kebanyakan penduduk melihat perkara ini sebagai satu langkah positif bagi menangani isu tersebut. Ia adalah satu perkara mengarut apabila melihat makanan (yang sudah tarikh luput) dibuang begitu sahaja,” kata Per Bjerre. - lokmanamirul



Lawat: Hadiah Bernilai Lebih RM20K Untuk Dimenangi! Undi Sekarang Pemaju Pilihan Anda Untuk iProperty.com People’s Choice Awards 2016. 

Post a Comment

 
Top