GARA-GARA percaya, seorang lelaki terpaksa menanggung kerugian ratusan ringgit selepas terperdaya dengan cerita sedih rakannya yang dilanda masalah kewangan.

Azwan Wahab dalam laman Facebooknya mencatatkan lelaki yang dikenali sebagai Mohamad Bulqiny Hisam telah menjual telefon jenis iPhone 5 kepadanya pada 24 September lalu kerana mahu membayar sewa rumah.

Lelaki berusia 22 tahun itu mendakwa akan dihalau dari rumah sewa sekiranya gagal membayar dalam masa terdekat dan menjelaskan tunangnya tidak mengetahui telefon tersebut telah dijual.

Namun, sehari selepas itu, lelaki tersebut meminta Azwan untuk memulangkan semula telefon bimbit yang telah dijualnya kerana tidak mahu putus pertunangan dengan teman wanitanya.

“Call suara sedih kononya tunang nak minta putus kalau tak dapat balik iPhone tu, merayu suruh pulangkan balik dan janji nak bayar balik duit lepas dapat gaji kerja di Mydin pada awal bulan Oktober 2016.

“Berjumpa di KLCC dan memberi nasihat supaya dia lebih bertambah maju dan memberi kepercayaan atas nama seagama Islam,”
tulisnya.


Lelaki yang kini dipercayai bekerja di sebuah restoran makanan segera itu berjanji untuk membayar hutang Azwan bernilai RM850 selepas mendapat gaji.

Bagaimanapun, janji hanya tinggal janji apabila Bulqiny terus menghilangkan diri dan gagal dikesan.

Susulan itu, Azwan telah memuat naik status dengan beberapa keping gambar untuk mencari Bulqiny yang dipercayai berasal dari Subang Jaya.

Namun, sesuatu yang mengejutkan apabila ramai netizen memberi komen dan turut mengenali Bulqiny sebagai seorang yang suka menjaja cerita sedih untuk meminjam wang.


Bulqiny yang memiliki akaun Facebook dengan pelbagai nama itu dikatakan menggunakan alasan ibunya sudah meninggal dunia, tinggal bersama ibu tiri dan pelbagai alasan lain untuk meminjam duit daripada rakan-rakannya.

Dia turut menjaja cerita sedih lain untuk menagih simpati seperti tiada wang untuk pulang ke kampung.

Ada netizen mendakwa pernah dihubungi melalui mesej Facebook oleh Bulqiny untuk meminjam wang tetapi tidak dilayan.

Penipuan Bulqiny nampaknya sudah terbongkar dengan status yang dimuat naik Azwan namun ada individu melalui akaun Facebook Faris Zul tampil dengan menyarankan mana-mana pihak yang memberikan wang kepada Bulqiny untuk menghubunginya bagi menyelesaikan masalah.

Katanya, akan mengarahkan Bulqiny untuk melangsaikan hutangnya.

“InsyaAllah mohon bertenang… minggu ni juga saya settlekan masalah Bulqiny… sesiapa yang berhutang dengan Bul… boleh WhatsApp saya…. saya akan suruh Bul bayar semua duit yang dia pinjam 013-7498294,” tulisnya.

Azwan dalam statusnya pula mahu ianya menjadi viral bagi mengenal pasti kedudukan Bulqiny supaya masalah ini dapat diselesaikan selepas dia ‘hilang’ dan gagal dihubungi.

Pemerhatian penulis mendapati, sehingga kini tiada perkembangan mengenai lelaki tersebut dan netizen terus berkongsi posting Azwan supaya tiada lagi yang menjadi mangsa. – MYNEWSHUB



Lawat: Berhentilah Mengira Rambut Anda Yang Gugur Hari Ini Dan Tumpukan Penuh Perhatian Kepada Pencapaian Kehidupan Saat Yang Paling Berharga! #CountonDove 

Post a Comment

 
Top