SANGKAAN seorang isteri bahawa suaminya berada di rumah salah seorang anak mereka meleset sama sekali selepas penemuan mayat seorang lelaki di reban ayam di Lepar 3, Jerantut, Pahang.

Jiran yang mengadu bau busuk menemui mayat suaminya yang sudah kembung di dalam reban ayam milik mereka di belakang rumah.

Difahamkan, mayat mangsa ditemui kira-kira jam 2 petang oleh jiran yang terhidu bau busuk di sekitar tempat kejadian semalam.


Mayat mangsa yang berusia 57 tahun itu dipercayai meninggal dunia kira-kira tiga hari lalu akibat serangan jantung.

Isteri mangsa yang berusia 50-an tidak mengesyaki sebarang kejadian buruk kerana suaminya sering berkunjung ke rumah anak-anak mereka untuk beberapa hari.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Jerantut untuk bedah siasat. – MYNEWSHUB



Lawat: Cuaca Buruk Merosakkan Kulit Anda? Check Produk Kecantikan Semula Jadi Yang Berada Di Sini Untuk Menyelamatkan Kulit Anda! 

Post a Comment

 
Top