Sering kali kita dapat melihat yang banyak ibu bapa akan meletakkan anak-anak dan bayi mereka di dalam troli ketika membeli-belah di pasar raya. Alasannya kerana malas nak dukung, sakit tangan dan sebagainya.

Tanpa disedari sebenarnya perkara ini sangat berbahaya dan membawa mudarat terhadap si kecil seperti apa yang berlaku di Australia.

Seorang bayi, Logan yang berusia 10 bulan demam teruk sehari selepas pulang dari pasar raya dengan suhu mencapai 39 darjah celcius dan terpaksa dikejarkan ke hospital.


Ibu kepada bayi tersebut, Vivienne Wardrop mengatakan yang anaknya muntah-muntah, demam panas serta cirit birit dan doktor mengesahkan yang bayi tersebut diserang meningitis, disyaki akibat bakteria yang ada di dalam troli tersebut.

Menurut Shareably, mangsa juga tidak menunjukkan tanda-tanda untuk sembuh sehingga keeesokan harinya serta mengalami dehidrasi. Berikutan itu, dia terpaksa ditahan selama 10 hari di hospital (8 hari dalam ICU).

Bukan itu sahaja, doktor mendapati bayi malang itu dijangkiti adenovirus, rotavirus, dan salmonella.

Disebabkan kejadian malang itu, Vivienne mengambil inisiatif dan merasakan dirinya bertanggungjawab untuk menerapkan kesedaran dan peringatan kepada ibu bapa di luar sana supaya kejadian yang sama tidak berulang kepada sesiapa pun lagi.


Pastikan sebelum meletak kanak-kanak dalam troli, bersihkan dahulu tempat di sekelilingnya dan kawasan yang mampu disentuh mereka.

Gunakan tisu antibakteria untuk mengelapnya atau yang paling baik dan jika larat, dukung sahajalah anak itu.

Apalah sangat dengan sedikit keletihan jika hendak dibandingkan dengan kesihatan anak-anak kita kan? Jangan sudah terkena, baru nak menyesal.


Lawat: Constant Hair Fall Scaring You? Stop Counting, #CountonDove To Make Your Worrier Gone And Dreams Happens! 

Post a Comment

 
Top