Sepertimana kebanyakan wanita yang tidak boleh ke mana-mana tanpa barang tertentu di dalam tas tangan mereka, begitu juga lelaki. Terdapat lima perkara khusus di mana lelaki tidak boleh hidup dengan senang tanpa kehadirannya. Betulkah?


1. Gajet


Tidak disangkal, ada juga segelintir wanita yang gilakan gajet. Namun, kegilaan terhadap gajet sering dikaitkan dengan lelaki kerana bagi mereka, pengetahuan dan kepekaan terhadap gajet merupakan suatu kemestian. Benarkah lelaki tidak boleh hidup tanpa gajet? Tak kiralah samada ia komputer riba, telefon pintar mahupun iPad.

Bermain game di komputer merupakan kemestian bagi setiap lelaki. Ada masa, tak makan pun tidak mengapa. "Tak boleh 'pause'," katanya. Malah, ada juga yang ketagihan game sehinggakan hidup resah gelisah jika tangan tidak berada di 'keyboard' mahupun 'controller'.


2. Kenderaan


Peminat gajet ini ada masanya mempunyai kegilaan kritikal tahap gaban terhadap motosikal dan kereta berkuasa tinggi. Pantang ada keluaran terbaru maka mulalah berkira-kira mahu menukar kenderaan mereka. Paling tak tahan, ada juga yang merayu ibu bapa untuk membelikan mereka kenderaan idaman.

Malah ada juga yang gemar menunjuk-nunjuk kereta atau motosikal siapa lebih hebat. Kaum lelaki sememangnya sangat peka dengan berita automotif terkini mengenai keluaran kenderaan terbaru. Apa kata anda?


3. Ruang Dan Sempadan (Space)


Bagi lelaki, mereka memang memerlukan ruang persendirian di dalam hidup mereka. Jika awek mereka terlalu bergantung harap kepada mereka, boleh naik rimas dan jelek dibuatnya.

Ya ke lelaki mudah berang jika terlalu banyak gangguan? Jika mereka tidak diberi ruang untuk berfikir dan melakukan sesuatu tanpa gangguan, mudah sahaja bagi mereka untuk melafaz kata 'Hai, bye bye'.


4. Kaki Sukan


Jangan dipisahkan lelaki dan sukan. Bagi kaum lelaki, aktiviti sukan terutama sekali yang lasak itu sudah sebati sebagai identiti mereka. Sehari tak menyepak bola, kaki terasa gatal saja. Aktiviti sukan bukan hanya untuk kesihatan tubuh badan malah ia merupakan salah satu cara mereka mengendalikan tekanan dengan cara yang lebih produktif.


5. Seks


Ini soalan cepumas. Mengikut kajian, lelaki boleh hidup tanpa makanan dan keperluan lain, namun sukar bagi mereka hidup tanpa memikirkan mengenai seks walaupun seminit. Benarkah?

Walau apapun, lelaki dan wanita harus bersama-sama memahami sikap pasangan masing-masing. Adalah penting bagi kedua-dua pihak untuk bersikap terbuka dan toleransi dalam sesebuah perhubungan.


Lawat: Wow Produk Ini Bestnya! Tekstur Lembut, Bau Wangi, Harga Murah Dan Pentingnya Boleh Jadikan Kulit Bertambah Cantik! 

Post a Comment

 
Top