Bapa Dipenjara Rogol Cikgu Anak


Gambar hiasan

HEUKSAN - KOREA SELATAN.
Tiga lelaki dijatuhkan hukuman penjara sehinga 18 tahun kerana merogol guru kepada anak mereka.

Tiga lelaki itu masing-masing dijatuhkan hukuman 12, 13 dan 18 tahun penjara kerana merogol guru wanita berusia 20 tahun di sebuah kepulauan kecil Heuksan.

Memetik AFP, dua daripada lelaki itu adalah bapa pelajar kepada guru tersebut.

Mahkamah diberitahu, kesemua tertuduh memaksa wanita itu minum bersama mereka selepas melihat dia berseorangan di sebuah restoran.

Mereka kemudiannya menghantar pulang mangsa dan merogolnya di rumah wanita itu. - sinarharian

0 Response to "Bapa Dipenjara Rogol Cikgu Anak"

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2