‘SUSUKAN suami’?

Perbuatan ini mungkin kita tak pernah dengar atau jarang kita lihat diadakan secara terbuka di khalayak ramai.

Pun begitu, nampaknya, sudah ada yang ‘berani’ melakukan aksi ini.


Bagaimanapun, ini bukan perbuatan tidak senonoh atau lucah yang disangkakan ramai sebaliknya merupakan pertandingan sukaneka semata-mata.

Inilah yang berlaku di negari Cik Siti Wan Kembang, Kelantan baru-baru ini apabila sebuah video yang memaparkan pertandingan para isteri menyusukan suami masing-masing menggunakan botol susu menjadi viral di media sosial.


Apa yang lawaknya, para suami dilihat berlakon menjadi bayi dan bersaing sesama peserta lain untuk menghabiskan susu segera.

Macam-macam aksi gelojoh para suami ketika cuba menghabiskan susu itu dirakam membuatkan netizen yang menonton tidak kering gusi ketawa.

Video yang dikongsi seorang ustaz selebriti, Syed Mohd. Norhisyam ini sekali gus menjadi viral hingga dikongsi lebih 28,000 kali setakat laporan ini ditulis.

Rata-rata netizen melahirkan rasa teruja dengan menyatakan hasrat mahu mencuba idea sukaneka baru itu.

Mana tahu, idea ini boleh menjadi salah satu cara untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan yang semakin pupus gara-gara teknologi zaman ini. Ye dak? – MYNEWSHUB


Menarik: Hadiah Bernilai Lebih RM20K Untuk Dimenangi! Undi Sekarang Pemaju Pilihan Anda Untuk iProperty.com People’s Choice Awards 2016. 

Post a Comment

 
Top