Banyak perkara yang membuatkan orang sekeliling kita judge diri kita. Walaupun kita tak kenal pun orang tu, orang tu lalu depan kita pun kita boleh judge dia dalam hati. Orang ni mesti pengotor, orang ni mesti dah lambat dan sebagainya.

Tapi ada 9 perkara yang sangat simple ni lah sebenarnya yang buatkan orang sekeliling judge kita.



1. Berjabat Tangan

Kalau genggaman tangan kuat itu maksudnya kita seorang yang ada keyakinan diri manakala kalau lemah mungkin tak yakin diri dan ambil mudah sesuatu perkara.

2. Ketepatan Masa


Orang yang menepati masa ni sangat seseorang yang sangat teratur, hargai masa yang dia ada. Tapi kalau dah selalu lambat ? Maksudnya semua benda dia ambil mudah walaupun mungkin berjumpa dengan orang yang sangat penting!

3. Tulisan


Macam-macam jenis tulisan ada kat dunia ni. Ada tulisan kecil, besar, bulat-bulat, tulisan berangkai. Semua ni pun boleh buat orang tahu personaliti kita macam mana tau!

4. Warna Kesukaan


Warna juga memainkan peranan dalam menentukan personaliti kita. Contohnya, jika korang suka merah itu menandakan korang seorang yang berani sukakan cabaran dan sebagainya.

5. Muzik


Dengan muzik pun boleh mempengaruhi perilaku dan perangai kita tau!

6. Eye contact


Cara padangan kita ni penting. Bila bercakap seeloknya pandang ke arah muka atau mata orang yang sedang bercakap. Bila kita buat eye contact barulah ada keyakinan dan orang pun yakin dengan kita!

7. Haiwan peliharaan


Orang yang suka kucing ni mungkin hati dia lembut, orang yang tak suka langsung haiwan peliharaan pula ada personaliti tertentu.

8. Cara bertanya soalan


Nada dan cara kita bercakap juga menentukan kita ni bagaimana orangnya. Nada yang kasar dan tinggi buatkan orang fikir kita seorang yang kurang ajar.

9. Gigit kuku atau tak 


Orang yang suka gigit kuku ni orang yang tak boleh rileks!

Kredit: era

Post a Comment

 
Top