Makanan adalah elemen terpenting dalam menjaga kesihatan seperti yang sering dikatakan “kamu adalah apa yang kamu makan”. Jadi terletak pada diri kita untuk memilih makanan apa untuk menjaga kesihatan ataupun bagi memuaskan nafsu makan.

Jom kita periksa 5 makanan yang wajib kita elak demi menjaga kesihatan dan umur yang panjang.


1. Minuman ringan


Sudah semestinya minuman ringan adalah satu minuman yang popular kerana sedap dan murah harganya. Namun usah terkejut kerana sebotol minuman ringan 600ml mengandungi 13 sudu teh gula yang boleh merosakkan gigi dan melebihi had pengambilan gula sehari.

Manakala, bagi minuman ‘diet’ dikatakan tidak mengandungi gula tetapi bahan pemanis yang digunakan boleh meningkatkan gula dalam darah, selera makan bertambah dan membuatkan ketagih pada makanan bergula.

Pilihan terbaik adalah amalkan meminum air kosong, ia menyihatkan dan menjimatkan.


2. Snek beras


Beras perang sememangnya tinggi khasiatnya, tetapi beras putih yang digunakan dalam proses pembuatan snek beras ini mengandungi kanji yang tinggi dan boleh meningkatkan tahap glukosa dalam darah anda.

Lebih bahaya snek beras ini, disalut dengan pelbagai perisa seperti BBQ, ayam, pizza dan beberapa perisa lain. Kebiasaannya bahan yang digunakan sebagai perisa ini, tinggi kandungan MSG dan tidak baik untuk kesihatan.


3. Minyak sayuran


Perbezaan minyak sayuran dan minyak zaitun ‘extra virgin‘ adalah pada jumlah zat pemakanan yang terdapat dalam minyak berkenaan.

Minyak sayuran mempunyai zat yang sedikit bahkan ia turut dicampur minyak sawit yang tinggi kandungan lemak tepu. Antara makanan yang menggunakan minyak sayuran adalah majerin dan mentega kacang.


4. Makanan bakar yang disejuk beku


Zaman kini ramai orang inginkan sesuatu yang cepat dan sedap. Oleh itu terciptanya makanan bakar sejuk beku ini. Pai daging, donut, kek dan rol sosej adalah antara makanan yang sering dijadikan makanan bakar sejuk beku.

Produk ini mengandungi lemak trans yang mudah merosakkan badan, ia datang daripada tindak balas minyak sayuran ketika proses pemanasan semula dengan suhu yang tinggi. Bagi pengemar makanan ini, seeloknya anda buat sendiri di rumah dan jadikan ia aktiviti bersama keluarga.


5. Mi dan pasta segera


Makanan jenis ini mengandungi karbohidrat dan garam yang tinggi dan melebihi keperluan seharian tubuh badan.

Lebih bahaya ia turut mengandungi bahan pengawet yang sekaligus akan memberi kesan tidak baik pada tubuh badan. Sebaiknya anda boleh memasak mi atau pasta sendiri di rumah kerana ia lebih sedap dan melazatkan.

Kesihatan adalah suatu nikmat yang dikurniakan tuhan untuk kita pelihara. Bahkan sekiranya kesihatan kita mula merosot pasti kehidupan seharian kita akan terganggu, oleh itu pilihlah makanan yang baik untuk kesihatan dan berkhasiat untuk tubuh badan. - vitdaily

Post a Comment

 
Top